SEJARAH KERETAPI DI MALAYSIA


***Sebahagian masih dalam bahasa melayu.


  • KERETA API JOHOR BAHRU 1869-1874 YANG PERTAMA DI MALAYSIA

pixalab.com

Dalam tahun 1855, Temenggong Daing Ibrahim berhasil menguasai Johor sebagai pemerintah negeri Johor yang defacto dan dejure. Bagindalah yang menjadikan pengasas kerajaan Johor dari Dinasti Temenggong.

Temenggong Ibrahim amat bertuah memiliki Johor yang kaya dengan hutan banat yang amat berfaedah untuk perekonomian Johor, berdekatan dengan Singapura memberikan keuntungan tersendiri. Ramai pekebun-pekebun gambir dan lada hitam dari Singapura hijrah ke tanah Johor.

Temenggong Daing Ibrahim menjabat dalam usia 52 tahun dan berhasil memajukan negeri Johor. Ketika itu penduduk Johor terdiri dari orang Cina kurang lebih 70k orang. Baginda menamakan ibu negeri Johor sebagai Iskandar Puteri, disinilah terbitnya pejabat kerajaan Johor yang baru.

Pada tahun 1862, Iskandar Puteri sudah mempunyai bangunan pejabat kerajaan dan rumah kedai. Dan di tahun yang sama Encik Wan Abu Bakar Putera Temenggong Daing Ibrahim dilantik menjadi Temenggong Sri Maharaja Johor. Temenggong Abu Bakar kemudian memeberikan nama baru bagi Iskandar Puteri mennjadi Johor Bahru.

Kemudian Temenggong Abu Bakar Sri Maharaja Johor melakukan perjalanan ke England pada tahun 1866 untuk melakukan perubahan lebih baik.  Beliau pergi dengan bertujuan mempelajari hal-hal yang berfaedah yang boleh diambil dan dijadikan peraturan baru pada negaranya kelak.

Lalu Baginda berencana membuat jalan kereta api dari Johor Bahru ke Gunung Pulai. Gunung Pulai adalah satu tempat menarik perhatian pelancong, khususnya bangsa Eropa. Selain itu, disebutkan juga Johor memiliki kau balak yang amat berharga, dan termasuk ‘Johor teak’ yang dianggap baik selain kayu Merbau dan Ros. Kemudian anggaran kayu yang berjumlah jutaan tersebut dikeluarkan oleh kilang kayu melalui kapal uap kecil untuk di ekspor ke Singapura dan keseluruh dunia.

Dalam tahun 21 juli 1869 Maharaja Abu Bakar mengumumkan proyek pembinaan kereta api Johor sampai pada tahun 1873 proyek itu masih berjalan dan pada 1874 hampir 10 batu telah siap dibina landasannya. Kemudian pada tahun 1874 tidak ada lagi kabar tentang landasan tersebut hingga tahun 1879 dikabarkan sudak tidak digunakan lagi, sebab terdapat jalan biasa, yaitu jalan dari tanah menuju Gunung Pulai.

Tidak tahu penyebab terbengkalainya landasan kereta api itu, salah satu wartawan pada saat itu sedang melewati jalan landasar kertea api Johor Bahru – Gunung Pulai menyimpulkan bahwa landasan tersbut dimakan anai-anai. Dan berita lainya yaitu saat melakukan percobaan, kereta api tergelincir dan masuk kelubang. Dengan itu berakhirlah riwayat kereta apai yang pertama di semenanjung Malaysia. Padahal Maharaja Abu Bakar bercita-cita besar untuk menunjukkan keagungan dan kemakmuran Johor. Baginda ingin penduduk Johor menikmati kereta api untuk kegunaan dalam perekonomian dan keperluan social, seperti Sri Langka Kandayan railway di Ceylon.

Kereta api itu juga diharapkan dapat menjadi daya tarik wisaawan asing, terutama bangsa Eropa yang berasal dari Singapura untuk menikmati keindahan di Gunging Pulai. Dan akhirnya Maharaja Abu Bakar mengalihkan perhatiannya ke Muar dan merancang kembali landasan kereta api yang baru dari Bandar Maharani menuju Parit Jawa. Lalu berkembang untuk membuka jalan kereta api dari Kuala Sepetang (port Weld) ke Taiping pada tahun 1885. Dan dari Bukit Kuda ke Kuala Lumpur dalam tahun berikunya. Dan tahun 1890 telah diresmikan kereta api yang di Muar .


  • KERETA API NEGERI PERAK (1885-1901)


Pada tahun 1870an tanah negeri Perak masih dipenuhi hutan. Sungai Perak merupakan sungai terbesar dan terpenting. Kapal seberat 400 ton mudik ke hulu lebih 40 batu jauhnya. Salah satu pelabuhan penting lainnya yaitu Telok Intan. Ada juga beberapa pelabuhan seperti Durian Sebetang, Blanja, Senggang dan Kuala Kangsar.

Sungai Perak mempunyai cabang sungai yang terpenting dalam perekonomian, yaitu  Sungai Kinta, satu kawasan lembah yang mengandung biji timah dan juga merupakan kawasana pusat dari kampung-kampung penduduk dan pelabuhan-pelabuhan kapal dan sampan. Sungai larut juga termasuk kawasan kegiatan perekonomian sejak tahun 1870an.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keputusan membina jalan kereta api di negeri Perak, antara lain; faktor keperluan ekonomi dan faktor pentadbiran (administrasi). Permintaan yang bertambah untuk biji timah bagi pasar Eropa dan Amerika telah menyebabkan biji timah sangat penting.

Pihak kerajaan mengalami kesulitan mengangkut barang-banrang berat. Jalan darat yang ada hanyalah dari Telok Kerang ke Taiping. Tahun 1879 menyatakan niat kerajaan untuk membina jalan kereta api Taiping ke kota. Kemudian pada 20 feb 1880, kerajaan meluluskan rancangnan membina jalan kereta api dari Taiping ke Telok Kertang.


  • KERETA API NEGERI SELANGOR (1886-1901)


Jalan kereta api yang pertama di Selangor ialah landasan yang menyambungkan Kuala Lumpur dengan Bukit Kuda. Menurut F.A. Swettenham, Residen British ketika itu, pada mulanya menyarankan hendak membina jalan kereta api di Selangor datang dari seorang saudagar Cina di Singapura. Namun saran itu ditolak oleh Majelis Mesyuarat negeri Selangor, Majelis itu membuat saran balasan yaitu kerajaan Selangor akan melaksanakan rancangan itu dengan meminjam uang dari pejabat tanah jajahan sebanyak $330.000 dari jumlah yang dibutuhkan $714,000.

Residen British Frank Swettenham mengumumkan beberaopa faktor untuk meneyegerakan proyek jalan kereta api di Selangor, yaitu; harga yang tinggi jika melalui jalan sungai, terpaksa membayar 30 sen jika pada musim hujan dan $1.20 pada musim panas. Jika menggunkan pengankutan kereta lembu dikenakan sebanyak 40 sen ke $1.20. satu lagi faktor penting ialah perkembangan Kuala Lumpur dan sekitarnya dianggap sebagai ‘a place rich in mineral’.

Jadi menurut Swettenham masalah itu dapat diatasi dengan kehadiran tiga lokomotif dan 150 gerbong. Swettenham juga setuju jika jalan itu dibina oleh syarikat, sebab kerajaan Selangor kekuarangan uang.

Pada tahun 15 oktober 1883, Swettenham mendesak pejabat tanah jajahan memberikan pinjaman terlebih dahulu dalam tempo tiga tahun. Namun, layanan kereta api itu lewat masa disebabkan oleh keuangan J.P Roger  (pemangku residen) meminta kelulusan pinjaman sebanyak $330.000, tetapi hanya dapat $200.000 sahaja.

Landasan yang pertama dibina dari melalui Sungai Kelang menuju arah selatan yaitu Petaling. Dari landasan Petaling menuju arah barat bagi mengelakkan kerusakan layanan karena kehadiran bukit-bukit yang begitu banyak. Selepas beberapa rintangan lagi seperti jembatan dan kawasan paya. Pada akhirnya layanan itu selesai hingga ke Bukit Kuda.


  • PERKEMBANGAN KERETA API TANAH MELAYU SELEPAS PERANG (1946-1958)


Perang Dunia Kedua turut memberikan kesan kepada Tanah Melayu walaupun penduduk Jepun hanya lebih sedikit dari tiga tahun, tetapi ianya menjejaskan system perhubungan Negara. Diantara landasan keretapi yang turut musnah ialah dari Mentakab ke Krai (Batu 200 landasan pantai timur), landasan Tronoh dan Telok Anson di Perak dan landasan yang menghubungi Bandar Melaka. Dan 260 rumah staf telah rosak di samping gendung keretapi seluas 300,000 kaki persegi turu musnah dalam operasi pengeboman oleh tentara Jepun.

Pemerintahan tentara Jepun telah memindahkan satu pertiga daripada stok lokomotif ke Siam dan Burma. Lebih 5.800 gerabak telah dibawa ke Siam dan Indochina. Kurang 2/3 gerabak penumpang yang masih boleh digunakan dan 114 gerabak telah musnah. Dalam pada itu, Jepun telah membawa masuk 25 lokomotif dan 1.250 gerabak daripada Jawa, tetapi hanya 750 gerabak sahaja yang masih boleh dipakai.

Malah lebih malang dalam sejarah keretapi ialah pengeboman Jepun telah memusnahkan bengkel keretapi di Sentul. Manakala di pelabuhan Swettenham, pihak pengurusan keretapi kehilangan 65 daripada 72 buah kapal (lighter fleet) yang beratnya diantara 60-80 tan. Kapal ini tenggelam di Selat Kelang. Seterusnya turut musnah ialah dermaga terapung .

Mulai September 1945, perkhidmatan keretapi diletakkan di bawah pertadbiran Direktorat Pengangkutan Angkatan Darat Tentara Bersekutu Asia Tenggara. Mulai 1 Januari 1946 pentadbiran Tentara British (BMA) pula mengambil alih pengurusan keretapi di tanah melayu.


*diambil dari buku SEJARAH KERETAPI DIMALAYSIA. Karya M.A. FAWZI BASRI. Tahun cetakan 1985, Kuala Lumpur. Dan sebagian masih dalam bahasa malayu, Malaysia.

**Tujuan kenapa sebagian tidak saya ubah, karena saya ingin mengenang bahasa melayu yang kelak akan saya baca beberapa bulan atau tahun selepas ini. Saya ingin mengingat bahwa saya pernah mengetahui sedikit tentang sejarah negeri tetangga Indonesia ini.



Penang, 6 Juni 2019.
2 syawal 1440H

0 Response to "SEJARAH KERETAPI DI MALAYSIA "

Post a Comment

silahkan beri masukan dan tambahan untuk saling berbagi kebaikan.
Jazakumullah khair...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel